Masyarakat Cina Sambut Tahun Kuda Kayu Dengan Penuh Kemeriahan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina hari ini menyambut kedatangan tahun baharu iaitu Tahun Kuda Kayu yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan kegagahan dalam kehidupan, karier serta perniagaan dengan penuh kemeriahan.

Selain mengadakan makan besar bersama keluarga Kada Khamis malam bagi menandakan permulaan sambutan Tahun Baharu Cina, pagi Jumaat rata rata masyarakat Tionghoa mengenakan pakaian berwarna merah turut mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan lagi hubungan antara keluarga, sahabat dan jiran.

Di samping bertukar ucapan selamat tahun baharu dan kesejahteraan, para tetamu dijamu dengan limau mandarin dan pelbagai kuih-muih serta ada yang turut menganjurkan persembahan tarian singa dengan harapan dapat membawa kebaikan dan tuah kepada keluarga masing-masing.

Sementara itu, warga kota mengambil peluang cuti umum dan hujung minggu yang panjang ini untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang.

Di KUALA LUMPUR, dua parti politik MCA dan Gerakan mengadakan rumah terbuka masing-masing di ibu pejabat parti berkenaan sejak 9 pagi ini.

MCA mengadakannya di Dewan San Choon, Wisma MCA di Jalan Ampang sementara Gerakan di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM di Jalan Pudu Ulu, Cheras.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berserta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menghadiri rumah terbuka parti MCA pagi ini.

Kedua-dua pemimpin negara yang tiba secara berasingan di Wisma MCA pada kira-kira pukul 10 pagi disambut oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama barisan kepimpinan tertinggi parti itu dengan diiringi tarian singa.

Turut hadir beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Najib, Muhyiddin dan pemimpin parti komponen BN dan MCA kemudian bersama-sama menggaul Yee Sang, salad ikan dan sayuran, hidangan utama pada sambutan Tahun Baharu Cina, yang dipercayai sebagai juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Sementara itu, di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan suasana meriah dengan orang ramai mula berkumpul seawal 8 pagi sementara menunggu majlis bermula pada 10 pagi.

Rumah Terbuka di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik itu dihiasi beraneka tanglung dan diserikan dengan alunan lagu perayaan Tahun Baharu Cina, selain dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa.

Warna merah yang dianggap membawa tuah kepada kaum Cina menjadi pilihan kebanyakan mereka yang hadir dengan mengenakan pakaian tradisional cheongsam, samfoo dan baju tradisi masing-masing.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan bekas presiden, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut sibuk melayan dan beramah mesra dengan para tetamu.

Najib dan Muhyiddin dijadualkan menghadiri rumah terbuka parti Gerakan selepas menghadiri rumah terbuka MCA.

Di KOTA BAHARU, perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut kira-kira 50,000 masyarakat Cina di negeri Kelantan tetap meriah walaupun dalam kesederhanaan.

Pengerusi MCA Kota Baharu Tan Ken Ten berkata sempena cuti panjang, kaum keluarga masyarakat Cina yang berada di luar Kelantan telah pulang untuk meraikannya bersama keluarga masing-masing.

"Anak-anak yang berada di perantauan telah pulang lebih awal untuk mempersiapkan keperluan untuk perayaan ini seperti membersih rumah, juadah dan pakaian baharu.

"Seperti biasa, semalam kami mengadakan makan besar dan awal pagi hari ini kami akan bersembahyang seterusnya berkunjung di rumah keluarga dan sahabat," katanya.

Beliau berkata sempena tahun kuda itu, perkara yang diharapkan agar usaha yang dilakukan mencapai kemajuan dan negara sentiasa makmur.

Sementara itu, tempat membeli-belah terkenal seperti di Pasar Siti Khadijah, Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Tumpat serta di Bukit Bunga, Jeli menjadi tumpuan pengunjung untuk melancong dan membeli-belah di negeri ini.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan