Jenazah Budak Perempuan Dikelar Bapa Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Jenazah budak perempuan berusia tujuh tahun, yang dikelar hingga mati oleh bapanya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini Khamis, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di sini pada Jumaat.

Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian itu, yang dihadiri ibu mangsa, sanak saudara serta jiran tetangga.

Sebelum itu, jenazahnya dimandikan di Hospital Serdang dekat sini sebelum dibawa ke Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat.

Ibu mangsa dan sanak saudaranya enggan memberikan komen ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu.

Dalam kejadian 4.15 petang Khamis, lelaki berusia 44 tahun yang menganggur sejak dua tahun lepas, mengelar anak perempuannya itu serta mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka.

Lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan