Helikopter PUTD Terhempas, Kesemua Empat Anggota Tentera Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 malam tadi, menurut sumber ketenteraan pada Jumaat.

Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.

"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat," kata sumber itu kepada Bernama.

Katanya pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.

Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Lt Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan, katanya.

Bernama difahamkan pegawai tentera asing itu berasal dari Perancis, manakala tiga yang lain ialah Mejar, Kapten dan Sarjan.

Menurut sumber itu, impak daripada kemalangan itu telah menyebabkan ekor serta kipas helikopter itu putus dua serta tayarnya rosak teruk.

"Helikopter itu disifatkan sebagai 'total loss'," katanya.

Menurutnya, latihan penerbangan malam agak berisiko kerana juruterbang terpaksa bergantung kepada "Night Vision Goggle" serta instrumen penerbangan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pihak tentera pada pagi ini mengenai kejadian itu.

Katanya beliau dimaklumkan yang helikopter itu tidak terhempas tetapi membuat pendaratan cemas ekoran masalah penerbangan.

Beliau berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dialami mangsa yang terlibat.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan