Aliran Trafik Dari Ibu negara Ke Utara Dan Selatan Mulai Perlahan - Berita Semasa | mStar

Aliran Trafik Dari Ibu negara Ke Utara Dan Selatan Mulai Perlahan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai perlahan pagi ini akibat kemalangan dan pertambahan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata terdapat kemalangan di Km448, berdekatan Sungai Buloh menghala ke utara apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan telah terbakar dan menyebabkan kesesakan di laluan itu

"Api telah berjaya dipadamkan dan kereta tersebut telah dialihkan ke tepi jalan," katanya.

Sementara itu, aliran trafik ke selatan antara Nilai dan Seremban, serta laluan trafik ke utara antara Tapah ke Gopeng serta dari Bidor ke Tapah dilaporkan bergerak perlahan akibat berlaku pertambahan kenderaan bermula 9 pagi Jumaat.

"Ini kerana orang ramai mulai keluar sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada hari ini," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan