MCA Akan Letak Calon Bertanding PRK DUN Kajang - Liow

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan meletakkan calonnya untuk bertanding jika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor diadakan, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata selaras dengan semangat dan formula Barisan Nasional (BN), DUN Kajang akan sentiasa menjadi kerusi MCA dan parti perlu bekerja keras jika ingin menawan semula DUN berkenaan yang terlepas ke tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.

"Kita (MCA) akan cadangkan nama calon kepada parti komponen BN yang lain selepas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) umumkan bila tarikh (penamaan calon dan) pengundian," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, Rabu.

Liow bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan sama ada MCA akan meletakkan semula calonnya yang tewas pada PRU13 Lee Ban Seng untuk bertanding pada PRK tersebut, namun memberi jaminan calon yang akan bertanding adalah "winnable candidate". Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari DAP, Isnin lepas.

Ketika ditanya kemampuan MCA untuk memenangi semula kerusi Kajang, Liow berkata :"Kita sentiasa positif dan selama ini pun tetap berkhidmat untuk rakyat dan rakyat perlu sedar betapa pentingnya suara MCA di Selangor".

Menjelas lanjut, katanya MCA telah menubuhkan jawatankuasa khas peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk mengatur strategi dan membuat segala persiapan bagi menghadapi PRK itu.

Katanya jawatankuasa peringkat pusat akan dipengerusikan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, manakala Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Ban Seng masing-masing mempengerusikan jawatankuasa peringkat negeri dan bahagian.

Menurut Liow, tindakan Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding merupakan satu bentuk manipulasi sistem demokrasi di negara ini oleh parti itu.

"Ini taktik dahulu, sekarang guna lagi dan saya yakin rakyat amat marah terutama dalam keghairahan menyambut Tahun Baharu Cina," katanya.

Pada Selasa, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon pada PRK Kajang sekali gus menguatkan lagi desas-desus bahawa ia merupakan percaturan untuk membolehkan ketua pembangkang itu mengambil alih jawatan daripada Abdul Khalid. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan