Khalid Nafi Jadi Mangsa Isu PRK Kajang

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau menjadi mangsa dalam isu berhubung pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, yang membawa kepada spekulasi kononnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata pilihan raya kecil Kajang, yang akan diadakan berikutan peletakan jawatan anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh dari PKR pada Isnin lepas, merupakan usaha berterusan pakatan pembangkang untuk meraih keyakinan dan rasa hormat daripada rakyat.

"Saya tak rasa yang saya diperlakukan secara tidak adil dalam keseluruhan episod ini (berikutan peletakan jawatan Lee).

"Kerana (pilihan raya kecil) ini, ada tanda-tanda yang kami menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk Kajang, tetapi politik haruslah diteruskan dan penduduk Kajang berpeluang membuat pilihan.

"Berhubung dengan politik, ia sentiasa mengenai mempengaruhi orang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai program misi angkasa i-City di pusat rekreasi itu di sini, Rabu.

Abdul Khalid diminta mengulas khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DU NKajang.

Lee, yang meletakkan jawatannya pada Isnin lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat "demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuh keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat." - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan