Anwar Tak Kemaruk Jadi Adun - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azmin
Azmin

KAJANG: Belum pun tarikh pilihan raya kecil (PRK) Kajang diumumkan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali telah memberitahu pengundi di sana bahawa calon mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bertanding kerana 'kemaruk' menjadi wakil rakyat.

Azmin berkata, Anwar bertanding selepas perbincangan diadakan dan keputusan menamakan beliau sebagai calon diputuskan secara bersama selain menjadi strategi parti bagi melonjakkan sokongan rakyat.

"Bukan Datuk Seri Anwar kemaruk nak jadi Adun (ahli Dewan Undangan Negeri)...ini bukan soal jawatan.

"Kalau dia nak jadi perdana menteri tahun 1998 dah jadi lama dah, tapi sebagai seorang reformis bukan kawasan yang dikejarkan, yang dipertahankan ialah hak rakyat Malaysia yang harus dibela," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat dekat Sini, Rabu.

Hadir sama bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin.

Azmin yang juga pengerusi Majlis Perhubungan PKR negeri berkata, rakyat Selangor khususnya di Kajang harus berbangga kerana Anwar yang pada mulanya dinamakan sebagai bakal perdana menteri dan dikenali di peringkat antarabangsa sanggup 'turun pangkat' menjadi Adun jika menang di situ.

"Dia pemimpin besar, bukan setakat pemimpin politik tanahair kita tapi kita sedia maklum dia pemimpin dunia.

"Dia bukan milik orang Kajang, bukan milik Selangor dan bukan milik Malaysia sahaja.

"Tapi dengan apa yang dirancang dan diatur, kehadiran Datuk Seri Anwar yang bukan orang politik biasa dan sanggup turun ke bawah, demi rakyat mudah-mudahan dapat membantu memperkukuhkan rakyat dan negeri Selangor," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tidak mudah untuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan menamakan Anwar sebagai calon.

"Ini diakui apabila timbul beberapa isu dan kritikan sebaik sahaja Anwar diumumkan bertanding pada Selasa.

"Ada ketika dan masanya, sebagai pemimpin berjiwa besar, dalam PKR, PAS dan DAP kita mesti berani buat keputusan bagi masa depan negeri dan negara.

"Kalau tidak berani itu bukan perjuangan namanya," katanya.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menjelaskan bahawa beberapa wakil rakyat di Selangor menawarkan kerusi yang disandang bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Katanya, selain itu, beliau sendiri turut menawarkan kerusi Bukit Antarabangsa selain Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar, bagaimanapun Anwar membuat keputusan dengan memilih DUN Kajang.

"Ini bukan satu keputusan yang mudah dibuat, keputusan yang cukup sukar kita putuskan.

"Kerangka besar kerja kita jadi matlamat, tak mudah orang faham," katanya.

Dalam pada itu Azmin turut menerangkan DUN Kajang menjadi pilihan Anwar setelah melihat komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India.

Katanya, komposisi tersebut dilihat cukup baik keraba ia dapat mencerminkan Anwar sebagai pemimpin pelbagai kaum.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan