Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Sehingga Isnin

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah diramalkan berterusan sehingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran kategori kedua di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini Khamis.

Selain itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Sulu dan Sulawesi diramal berterusan sehingga Isnin ini.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang bertiup antara 40 dan 50 km/j serta ombak setinggi 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan