PRK Kajang: Tindakan PKR Bukan Alasan Baik - SPR

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat yang dipilih dengan sewenangnya bukan alasan yang baik untuk mengadakan pilihan raya kecil, kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, kekosongan biasanya akan berlaku apabila ada kematian atau wakil rakyat tersebut 'dipaksa' untuk mengosongkan kerusi itu.

Di bawah Artikal 48, wakil rakyat mesti melepaskan kerusinya jika didapati atau diisytiharkan sebagai antara lain tidak sempurna akal, muflis atau telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada setahun atau denda RM,2000 dan ke atas.

Abdul Aziz berkata, kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sepatutnya boleh dielakkan.

Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas pada 5 Feb ini bagi menentukan tarikh pencalonan dan pembuangan undi di Kajang.

Lee merupakan seorang peguam adalah muka baru yang mewakili PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 5 Mei tahun lalu.

Beliau berkata, peletakan jawatan ini adalah untuk "kebaikan dan kekuatan Pakatan Rakyat yang mempunyai kemampuan untuk menguruskan Selangor".

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan