PRK Kajang: Guan Eng Enggan Masuk Campur

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak mahu mencampuri isu politik di Selangor kerana tidak mengetahui mengenai situasi sebenar yang berlaku di negeri itu.

Menurutnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan perkembangan berkenaan kepadanya.

"Oleh kerana saya tidak diberitahu sama sekali dan tidak tahu apa yang berlaku, adalah lebih baik jika soalan berkaitan dengannya tidak diajukan kepada saya.

"Adalah tidak baik bagi saya untuk memberi komen atau pandangan mengenai perkara yang saya tidak dimaklumkan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara mengejut pada Isnin.

Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon bertanding di kerusi berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan