PRK Kajang: Azmin Yakin Kemelut Dalaman PR Selesai Secepat Mungkin

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin

KAJANG: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yakin kemelut yang timbul apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Katanya, beliau sendiri telah mengadakan beberapa perbincangan dan memberi penjelasan berhubung perkara ini kepada beberapa pihak termasuklah PAS dan DAP.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad pagi tadi (Rabu) dan berbincang panjang dengan beliau.

"Saya beritahu beliau, saya faham dan menghormati sentimen rakan-rakan dalam PAS...kita akan bertemu dan berbincang lagi mengenai perkara ini esok," katanya pada sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat di sini, Rabu.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Perhubungan PKR Negeri berkata perbincangan dengan Iskandar melalui perbualan telefon menampakkan keputusan kemuafakatan yang positif dan cukup baik.

"Ini tanggungjawab yang harus saya pikul dan saya yakin semangat pemuafakatan akan terus kekal," ujarnya.

Tegasnya, setiap perbincangan dengan wakil PAS itu tidak langsung menyentuh mengenai pelantikan menteri besar seperti yang didakwa banyak pihak.

Azmin selain itu memberitahu telah menghubungi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan difahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengambil tindakan sama tengahari semalam.

"Saya anggap perkara itu (Lim tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Anwar) telah selesai.

"Kita nak maju ke hadapan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi," katanya sambil menambah setiap keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan di antara Majlis Pimpinan Parti.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata beliau juga telah menghubungi Pengerusi DAP negeri Tony Pua yang kini berada di luar negara untuk berbincang dan memberikan penjelasan berhubung kekeliruan dan isu-isu yang timbul.

Katanya, reaksi daripada Tony Pua juga positif dan perbincangan lanjut akan diadakan pada 3 Februari ini selepas cuti Tahun Baru Cina.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, setiap perbincangan adalah untuk menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat merupakan langkah Pakatan Rakyat untuk terus menjadikan Selangor sebagai kubu kuat sebelum melangkah ke Putrajaya.

Kemelut dan kekeliruan dalam Pakatan Rakyat timbul apabila beberapa pemimpin parti tidak mengetahui mengenai pencalonan Anwar sebagai wakil dalam PRK Kajang.

Masalah bertambah runcing apabila Pemuda PAS Selangor tampil memberi kenyataan akan memboikot pilihan raya kecil tersebut jika Anwar akan dilantik menjadi MB Selangor kerana mereka ingin meletakkan calon PAS sebagai MB.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan