Pemandu Bas Perlu Rehat Secukupnya - Berita Semasa | mStar

Pemandu Bas Perlu Rehat Secukupnya

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pemandu bas ekspres dinasihatkan supaya berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi bagi menjamin keselamatan di jalan raya yang bakal sibuk sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabry Ahmad berkata rehat yang mencukupi amat perlu bagi memastikan mereka sentiasa segar, fokus dan memandu dengan baik.

Syarikat bas ekspres juga hendaklah memastikan setiap yang terlibat dengan perjalanan melebihi tiga jam mesti mempunyai dua pemandu untuk membolehkan mereka bergilir dan mempunyai masa berehat, katanya kepada pemberita semasa membuat pemeriksaan di Terminal Bas Ekspres di sini sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina bermula Jumaat.

Sabry yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri berkata dalam Ops Terminal Bas untuk Kempen Keselamatan Jalan Raya yang bermula 24 Jan lepas, sebanyak 69 pemeriksaan telah dibuat ke atas pemandu bas ekspres di negeri ini.

Seorang pemandu dikesan positif dadah, katanya, dan pemeriksaan itu akan berterusan hingga 9 Feb.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis Mahmud Shaharuddin Mustafa, berkata setiap kali musim perayaan tidak kurang 500 bas digunakan untuk membawa penumpang berbanding masa kebiasaan kira-kira 300 bas milik hampir 70 buah syarikat. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan