Kerajaan Sasar 1,000 Petani Muda Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ismail Sabri
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan 1,000 petani muda pada tahun ini menerusi program Agropreneur Muda iaitu program perniagaan dalam pertanian.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata setiap agensi dan jabatan di bawah kementerian bertanggungjawab melahirkan 100 usahawan muda dalam pertanian agar sasaran tersebut dapat dicapai.

Katanya Agro Bank dan Tekun turut memberi sokongan penuh terhadap program berkenaan menerusi penyediaan dana pinjaman masing-masing RM300,000 dan RM100,000 tanpa cagaran dan penjamin bagi menarik lebih banyak golongan muda menjadikan pertanian sebagai kerjaya.

Beliau berkata dengan bantuan itu, kerajaan yakin dapat meningkatkan peratusan golongan muda berkecimpung dalam industri ini.

"Kita (kementerian) juga menyediakan geran sebanyak 30 peratus, selain menyediakan beberapa kursus secara komprehensif merangkumi aktiviti ekonomi yang akan diceburi, pentadbiran, kewangan dan kursus pemasaran.

"Mana-mana golongan muda mengikuti kursus tersebut, yang kita jangka mereka serius dan berminat, mereka akan diberi 'pre-approved loan' dan bantu dari segi menyediakan tanah untuk mereka, petani muda ini," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program 'Ruang Bicara', program bual bicara terbitan Bernama TV malam Selasa.

Ismail Sabri berkata penglibatan golongan muda dalam pertanian adalah penting bagi memastikan sasaran mengurangkan kebergantungan kepada import dapat direalisasikan, selain terdapatnya pelapis industri yang lebih berinovasi dan mengamalkan pertanian moden.

"Lazimnya, orang yang terlibat dalam pertanian mempunyai umur yang semakin meningkat, dan kebanyakannya tidak menggunakan peralatan moden iaitu masih menggunakan cara pertanian lama (tradisional), apabila mereka berhenti tentu sahaja penggiat industri akan berkurangan.

"Jadi, bagaimana kita nak menambah atau meningkatkan hasil (pertanian) kalau penggiat industri itu kurang... Tentu sahaja kita punya imbangan dagangan akan lagi semakin teruk, import semakin bertambah dan ini tidak baik untuk negara kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut memberitahu bahawa kementerian akan mewujudkan satu jawatan khas untuk memberi penerangan berkenaan transformasi dalam industri pertanian dan asas tani.

Selain berperanan memberi penerangan bagi memerangi 'orang tengah', Ismail Sabri berkata jawatan khas itu juga bertanggungjawab mengubah minda petani, nelayan dan penternak bagi membantu mereka berjaya dalam industri.

"Pegawai yang dilantik untuk memegang jawatan ini tugasnya adalah khusus untuk mengubah minda penggiat industri supaya dapat mengamalkan amalan pertanian baik, lebih moden dengan menggunakan teknologi terkini kerana kita percaya jika mereka mengamalkannya maka hasil pertanian akan dapat ditingkatkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan