Bersama Hadapi Unsur Ekstremis Demi Kestabilan Negara - Liow

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata rakyat perlu bekerjasama dan menentang elemen pelampau dan perkauman bagi memastikan keamanan dan kestabilan kekal berpanjangan.

Beliau berkata keadaan politik negara telah mengalami perubahan yang menjejaskan hubungan baik antara rakyat.

Beliau berkata semangat kebangsaan sedang terhakis sementara perbezaan kaum, budaya dan agama sedang menguji hubungan yang harmoni.

"Kita mesti menghargai kepelbagaian bagi memastikan keadaan politik yang seimbang untuk memelihara perpaduan.

"Kini kita mesti lebih bersikap toleransi, menerima dan memahami," katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina yang akan disambut mulai Jumaat ini.

Liow berkata sejak merdeka, negara sentiasa memilih jalan sederhana yang berkhidmat dengan baik kepada rakyat dan ini telah menjadi asas kepada pembentukan negara.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sentiasa menggalakkan semangat bersatu padu dan perpaduan diikuti dengan gagasan 1Malaysia.

"Sementara ada yang dilihat sudah melupakannya, toleh kembali untuk mengingatkan masa lama kita akan menjadi penyelamat kepada penyakit masyarkat yang sedang dihadapi sekarang. Kita ingin mengingatkan bahawa hanya harmoni merupakan cara untuk negara mencapai kemajuan," katanya.

Beliau berkata bagi memastikan kestabilan jangka panjang, kerajaan perlu sentiasa mengingati bahawa perpaduan adalah penting dan negara perlu ditadbir sebagai satu bangsa.

Beliau mengingati rakyat bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk merancang masa depan negara dan polisi yang mungkin tidak popular sekarang akan menjadi tunggak kepada penambahbaikan negara kelak.

Liow berkata MCA yang sedang melakukan agenda transformasi akan terus berusaha meningkat masyarakat Cina dengan menangani isu seperti pendidikan, ekonomi, harmoni dan kebajikan.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina sempena Tahun Kuda, beliau meminta rakyat untuk mengambil contoh dari tenaga, kekuatan, ketahanan dan kelembutan seekor kuda dan berharap tahun ini akan membawa kemakmuran, keamanan dan keharmonian.

Beliau berkata Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota Kabinet dijangka menghadiri rumah terbuka anjuran MCA di ibu pejabat parti di sini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan