Sweden: Anak Pasangan Dipindahkan Kepada Keluarga Islam Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.
Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.

STOCKHOLM: Khidmat Sosial Stockholm akan memindahkan anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa tempatan sebelum ini kepada sebuah keluarga Islam Malaysia dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan seorang pegawai tertinggi Khidmat Sosial kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous hasil pertemuan kedua-dua pihak petang Isnin waktu tempatan.

Jelas Sheikh Nafiq, ketika ini pihak Khidmat Sosial Stockholm hanya menunggu persetujuan kedua-dua ibu bapa dan kelulusan mahkamah sebelum pertukaran itu dimuktamadkan.

"Kita harap perkara ini dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam masa terdekat. Moga rakyat Malaysia teruskan doa dan sokongan," katanya kepada media Malaysia selepas pertemuan di pejabat Khidmat Sosial di sini.

Difahamkan, pertukaran itu akan diadakan dalam tempoh 24 jam namun bergantung kepada kecepatan kesemua proses yang disebut.

Pasangan itu merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden iaitu Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal seorang guru sedang dalam tempoh bercuti tanpa gaji, ditahan sejak 18 Disember lepas kerana didakwa mendera anak mereka atas alasan tidak bersolat.

Ekoran penahanan kedua-duanya, anak-anak mereka terpisah dengan mereka sejak hampir 40 hari dan pihak berkuasa Sweden telah melantik keluarga angkat bukan Islam untuk menjaga keempat-empat beradik berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan