PRK DUN Kajang: PKR Tidak Hormati Pengundi - Wee

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tidak menghormati pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila mengheret krisis dalaman parti itu kepada pilihan raya kecil.

Menurut beliau, PKR tidak perlu menyembunyikan lagi krisis yang wujud antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali kerana secara realitinya ia telah diketahui umum.

Jelasnya, tindakan Lee Chin Cheh meletak jawatan bagi memberi ruang kepada Anwar bertanding bukan satu spekulasi tetapi 'drama' yang telah diketahui penghujungnya.

"Tidak cukup dengan itu, Anwar nak minta pula supaya Barisan Nasional (BN) tidak bertanding, adakah ini satu bentuk demokrasi seperti yang dilaungkan sebelum ini.

"Bagi MCA yang telah meletakan calon pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu di DUN Kajang, kami akan tetap bertanding, cuma keputusan mengenainya akan hanya diputuskan oleh pucuk pimpinan BN sendiri.

"Pembangkang perlu tahu bahawa BN tidak pernah meminta mana-mana calon untuk tidak bertanding pada setiap pilihan raya kerana ia satu proses demokrasi. Oleh itu Anwar perlu bersedia untuk satu pertandingan," katanya ketika dihubungi mStar.

PKR melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu bagi menghadapi pilihan raya kecil selepas penyandang DUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Dalam sidang media itu, Anwar sekali lagi menafikan dakwaan bahawa pilihan raya kecil tersebut diadakan bagi memberi ruang kepada beliau untuk dilantik menjadi menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, spekulasi yang wujud sejak beberapa hari lalu masih 'berlangsung' seperti yang disangka sehingga hari ini.

Ka Siong memberitahu, pilihan raya kecil yang cuba diadakan oleh PKR juga membuktikan bahawa mereka menjadikan pengundi sebagai 'catur' yang boleh 'dimainkan' pada bila-bila masa sahaja.

"Rakyat perlu membuka mata dan melihat 'rentak' politik sebenar pembangkang yang hanya mementingkan hal parti dan individu, bukannya membela rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan