POCA 2013 Akan Dikuatkuasakan Dalam Masa Terdekat - Ahmad Zahid - Berita Semasa | mStar

POCA 2013 Akan Dikuatkuasakan Dalam Masa Terdekat - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penguatkuasaan itu selepas Akta diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 25 Oktober tahun lepas.

"Rang POCA 2013 telah dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada 25 Sept 2013 dan dibaca kali kedua dan ketiga seterusnya diluluskan dalam Dewan Rakyat pada 2 Okt 2013," katanya dalam ucapan sempena pelancaran 'Putrajaya Security Dialogue' di sini Selasa.

Beliau berkata antara pindaan yang diperuntukkan dalam POCA ialah ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, tempoh tahanan siasatan dikurangkan daripada 71 hari ke 60 hari serta Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah diguna pakai.

Selain itu POCA juga menguatkuasakan penggunaan alat pemantauan elektronik (EMD), penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah, perlindungan saksi, syarat pengawasan lebih ketat dan 'sunset clause' iaitu akta ini akan dikaji semula setiap lima tahun, kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata akta itu dipinda dan diperluaskan selepas peka dan prihatin terhadap kebimbangan rakyat dan tahap keselamatan berikutan keseriusan peningkatan kes-kes jenayah.

"Ini termasuk kerisauan mengenai penggunaan senjata api yang berleluasa, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api, pergaduhan antara kumpulan ahli kongsi gelap sesama mereka untuk merebut kawasan, perebutan kawasan pengedaran dadah, mengutip wang perlindungan serta sindiket pelacuran dan perjudian,' katanya.

Tambahnya akta itu juga untuk memberi kuasa semula kepada Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang serta menunjukkan 'taring' sebenar mereka.

Beliau juga berhasrat untuk membukukan perbahasan Rang Undang-undang POCA 2013 di Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk tatapan rakyat mengenai perkara sebenar yang berlaku di Parlimen semasa penggubalannya. "Rang undang-undang itu hangat diperbahaskan dari pukul 11.30 pagi 2 Oktober lepas sehingga pukul 12.50 pagi keesokan harinya dengan suara majoriti di pihak penyokong kerajaan iaitu 115 manakala 86 membangkang," katanya.

Dialog sehari keselamatan Putrajaya itu membabitkan empat anggota panel iaitu Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah dan Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Dua lagi ialah Ketua Penolong Pengarah Perundangan Bukit Aman SAC Mazupi Abd Rahman dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala moderator ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan