PM Rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang Bulan Depan

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKPP) akan dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) Datuk Zainal Abidin Osman.

Tarikh perasmian jambatan itu masih belum ditetapkan, masih di peringkat perbincangan, katanya.

Zainal Abidin berkata jambatan kedua itu dijangka dapat membantu mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang sedia ada.

"Ketika ini pengujian sistem tol dan tahap keselamatan fizikal jambatan sedang dijalankan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis itu di sini, Selasa.

Jambatan sepanjang 24km - 17km di atas laut dan tujuh kilometer di atas darat - direka dengan mengutamakan kelestarian alam menghubungkan Batu Kawan di sebelah tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.

Projek kerajaan pusat itu yang dibina dengan kos RM4.5 bilion, adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat menampung 100,000 kenderaan sehari. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan