Pilihan Raya Kecil Untuk MB Baru Pernah Diadakan Di Selangor Sebelum Ini

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor.

Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.

Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 1997.

Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997.

Beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada tahun 2000 atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga.

Peletakan jawatan beliau berlaku selepas cakap-cakap mengenai skandal yang didakwa melibatkan saudaranya.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang, ia akan menjadi kali kedua pilihan raya kecil diadakan untuk beliau memegang jawatan dalam parti.

Isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 dan pilihan raya kecil telah diadakan pada 26 Ogos.

Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang pada masa itu.

Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 28 Ogos dan mengambil alih kedudukan Ketua Pembangkang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan