PAS S'gor Mahu Turut Serta Tentukan Siapa Bakal MB Jika Kerusi Dikosongkan

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS Selangor tidak akan berdiam diri dan sekadar menjadi pemerhati sekiranya jawatan menteri besar Selangor dikosongkan oleh penyandangnya sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebaliknya, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, mereka akan mengemukakan nama calon dari parti itu untuk dipertimbangkan oleh Pakatan Rakyat.

PAS Selangor katanya akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon menteri besar yang dirasakan layak dan sesuai.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada organ rasmi PAS, HarakahDaily pada Selasa.

HarakahDaily memetik Khairuddin sebagai berkata yang PAS Selangor kini mengikuti perkembangan politik di negeri itu secara langsung dan berhati-hati.

Portal itu juga melaporkan yang PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan menteri besar pada waktu ini.

Keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah hak PKR dan PAS Selangor tidak akan campur tangan.

Tetapi jika berlaku kekosongan pada jawatan menteri besar, PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima nanti.

"Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon menteri besar kita,” Khairuddin dipetik sebagai berkata.

Wakil rakyat DUN Paya Jaras itu berhujah PAS Selangor mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan calon menteri besar kerana mereka juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan