Najib Mahu Tindakan Diambil Banteras Perbuatan Provokasi

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib melancarkan buku
Najib melancarkan buku "Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress " sambil diperhatikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri), Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah (tiga, kiri) dan Datuk Richard Curtis (kanan) di Kuala Lumpur, Isnin. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tindakan diambil berhubung insiden di Pulau Pinang untuk membanteras sebarang perbuatan yang dianggap sebagai tindakan provokasi yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa mengutamakan keamanan dan keharmonian serta akan melakukan apa sahaja yang termampu supaya dapat mengekalkan keadaan itu berdasarkan penguatkuasaan kedaulatan undang-undang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan sebarang tindakan yang dilakukan mesti berpaksi kepada kedaulatan undang-undang.

"Saya juga berharap supaya tidak ada pihak yang bertindak untuk bertindak balas atau mengeruhkan lagi suasana.

"Biarkan pihak berkuasa untuk ambil tindakan selanjutnya. Inilah masa untuk kita berada dalam keadaan tenang dan tidak melatah dalam apa jua keadaan kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, Isnin.

Najib berkata demikian bagi mengulas tindakan menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang yang menimbulkan keresahan antara agama di negeri itu.

Ditanya sama ada tindakan pihak berkuasa belum cukup tegas, Najib berkata :"Biar mereka siasat, sebab bila berlaku sesuatu, kita kena biar pihak berkuasa siasat (dahulu) sebab kita tak tahu siapa yang bertanggungawab atas perkara ini.

"Kita boleh buat andaian tetapi andaian itu mungkin tersasar. Sebab itulah saya berharap semua pihak berada dalam keadaan tenang dan jangan kita bertindak balas dan kita melatah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan