MAS Hentikan Penerbangan Ke LA Mulai 30 April

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Jauhari
Ahmad Jauhari

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa menghentikan laluan ke Los Angeles mulai 30 April nanti kerana kos untuk mengendalikan operasi tersebut telah menjadi terlalu tinggi.

Keputusan ini juga adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasikan kesemua laluan antarabangsa MAS untuk mengurangkan kerugian.

Sebaliknya MAS berhasrat untuk memberikan tumpuan kepada destinasi Asia, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan rasmi negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, walaupun Los Angeles mempunyai sejarah yang panjang dengan MAS tetapi laluan itu kini tidak lagi secara ekonominya menguntungkan.

Faktor-faktor lain termasuklah kapasiti yang berlebihan dan persaingan sengit yang menjurus kepada pulangan hasil yang kecil.

Juga, kos tinggi mengendalikan pesawat Boeing 777 dan tekanan daripada kenaikan harga bahan api turut menyumbang kepada keputusan MAS untuk menamatkan laluan berkenaan.

Menurut Ahmad Jauhari, keputusan untuk merasionalisasikan laluan antarabangsa MAS tidak akan menjejaskan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia kerana MAS akan meneruskan kerjasama dengan rakan-rakan sekutu perkongsian kodnya dan juga rakan 'Oneworld' seperti American Airlines dan Japan Airlines.

Dengan berbuat demikian, MAS sendiri boleh menumpukan perhatian kepada destinasi Asia yang mana unjuran permintaan adalah tinggi dan memberansangkan ekoran munculnya lebih ramai golongan kelas pertengahan dan hubungan dagangan yang lebih baik.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan