Kerugian Kebakaran Meningkat Kepada RM2 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak RM2 bilion kerugian ditafsirkan sepanjang tahun lalu akibat kebakaran yang merosakan aset dan hartanah menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sejak empat tahun lalu berikutan terdapat kebakaran melibatkan hartanah bernilai tinggi.

Pada 2010, kerugian berjumlah RM757 juta telah direkodkan dan nilai itu meningkat sehingga RM927 juta pada 2011 manakala pada 2012 adalah RM1 bilion.

Jelasnya, bagaimanapun jabatan tersebut telah berjaya menyelamatkan aset bernilai RM12 juta sepanjang tahun lalu selain menurunkan jumlah kematian akibat kebakaran sebanyak 26 peratus iaitu daripada 98 nyawa pada 2012 kepada 72 pada tahun lalu.

"Panggilan palsu yang diterima sepanjang tahun lalu pula meningkat daripada 464 pada 2012 kepada 469. Jumlah itu masih sedikit kerana Telekom Malaysia telah membuat penapisan sebelum melakukan penyambungan kepada bomba," katanya.

Beliau memberitahu, Jabatan Bomba dan Penyelamat selain itu turut menambah sebanyak 20 balai bomba di pekan-pekan kecil bagi memantapkan lagi perkhidmatan kepada rakyat.

Menurutnya, setiap balai bomba dibina dengan kos sebanyak RM1 juta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan