KDN Tarik Balik Penggantungan Permit The Heat

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penggantungan permit akhbar mingguan The Heat ditarik balik.
Penggantungan permit akhbar mingguan The Heat ditarik balik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik penggantungan permit The Heat, bagi membolehkan akhbar mingguan itu beroperasi semula.

Laman web The Ant Daily, portal milik syarikat tersebut, melaporkan Ketua Pengarang The Heat, David Lee sebagai berkata, keputusan itu dimaklumkan kepada penerbit akhbar mingguan itu, Satria Kiara Sdn Bhd menerusi sepucuk surat bertarikh 24 Januari lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Ketua Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar, mewakili ketua setiausaha kementerian itu.

KDN menggantung permit The Heat kerana akhbar tersebut telah dikesan melanggar syarat yang terkandung dalam permit penerbitan.

Justeru itu, akhbar mingguan tersebut tidak diterbitkan pada 21 Disember (Sabtu) seperti yang dijadualkan.

Seorang jurucakap kementerian kemudiannya berkata, arahan penggantungan itu dikeluarkan dipercayai berhubung penyiaran artikel muka depan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun RAzak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan