Guru Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Kamalanathan

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dua minggu lepas, pada Isnin memohon maaf secara terbuka kepada Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Beliau dalam sidang media di sini pada Isnin juga melahirkan rasa terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam sanggup memaafkannya.

Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

"Kemaafan beliau itu sesungguhnya memberikan nafas baharu kepada saya dan keluarga atas ketelanjuran perbuatan saya terhadap beliau. Saya dengan penuh penyesalan dan rendah diri ingin memohon maaf secara terbuka kepada Yang Berhormat P. Kamalanathan," katanya.

Kamalanathan dalam kenyataannya pada Ahad berkata perbuatan Muhammad Rizuan itu merupakan isu peribadi dan satu tindakan emosi yang tidak disengajakan dalam kejadian yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu pada 12 Januari lepas.

Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan