AMK Sokong Anwar Ganti Abdul Khalid Jadi MB - Berita Semasa | mStar

AMK Sokong Anwar Ganti Abdul Khalid Jadi MB

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Akin berkata, Anwar merupakan calon terbaik untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara.

"Kami percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional," katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, beliau menghormati keputusan Lee Chin Cheh yang berundur dari jawatannya.

"Peletakan jawatan itu membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

"Oleh yang demikian, kami mengambil pendirian hanya Anwar sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil DUN Kajang," katanya.

Shamsul berkata demikian bagi mengulas keputusan Chin Cheh meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta apabila menyerahkan surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh pada petang Isnin.

Keputusan peletakan jawatan itu menguatkan lagi khabar angin bahawa Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh akan bertanding di kerusi DUN Kajang bagi membolehkan beliau menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekiranya memenangi kerusi tersebut.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan