Program Pemindahan Komuniti Di Pengerang Bermula Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Program pemindahan komuniti di Pengerang yang terlibat dengan projek Pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) akan bermula tidak lama lagi.

Menurut kenyataan Pejabat Daerah Kota Tinggi, notis pemberitahuan kepada penduduk yang terlibat bagi fasa pertama pemindahan telah dikeluarkan pada 16 Januari lepas, manakala notis pengosongan dijangka dikeluarkan pada 16 Februari depan.

"Fasa pertama perpindahan penduduk akan melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Kapal dan Kampung Langkah Baik yang dijangka selesai sepenuhnya pada akhir Mac, ke Taman Bayu Damai," kata kenyataan itu, Isnin.

Pemindahan bangunan sekolah pula bakal melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal dan Sekolah Kebangsaan Cina Tai Sin bagi menantikan pembinaan sekolah baharu di Taman Bayu Damai.

Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal akan dipindahkan secara sementara ke Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, manakala Sekolah Kebangsaan Cina Tai Sin pula akan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Cina Yok Phoon, menurut kenyataan.

Mengenai pemindahan kubur Islam dan bukan Islam, Pejabat Daerah Kota Tinggi berkata pemindahan kubur Islam di kawasan Petronas telah pun selesai dilaksanakan manakala proses melibatkan kubur bukan Islam akan dijalankan mengikut jadual.

Proses pertama pemindahan kubur bukan Islam akan melibatkan penentuan jumlah sebenar kubur bukan Islam yang terlibat di kawasan PIPC yang akan dilaksanakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Ia meminta anggota keluarga waris si mati untuk mendaftarkan kubur milik anggota keluarga mereka sebelum 15 Mac depan bagi memastikan kubur terbabit didaftarkan sebagai kubur berwaris, kata kenyataan itu.

"Kerajaan komited dalam memastikan kebajikan penduduk yang terlibat dijaga untuk hari ini dan juga untuk masa akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan