Ops Buru Pati Meliputi Semua Sektor Pekerjaan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid (tengah) bersalaman dengan pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin.
Ahmad Zahid (tengah) bersalaman dengan pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin.

PUTRAJAYA: Operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pati (PKPP) bukan hanya dilakukan terhadap pekerja binaan tetapi semua sektor pekerjaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pekerja sosial seperti pelayan pelanggan (GRO) atau pekerja rumah urut juga tidak terkecuali.

"Kita tidak mahu ada persepsi mengatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tin kosong, semua yang kita lakukan atas tanggungjawab penguatkuasaan dan pelaksanaan," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa operasi yang diadakan bermula 21 Jan lepas itu bukan penguatkuasaan bermusim tetapi sepanjang masa tanpa melihat kepada cuti umum atau kelepasan am.

PKPP dilaksanakan bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan Pati disebabkan kes penipuan ejen/syarikat pengurus, mengurangkan jumlah Pati sedia ada, memastikan pematuhan undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pati yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dengan kosnya ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan manakala majikan yang menggaji Pati itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen.

Sementara itu mengenai penggantungan kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Ahmad Zahid menggesa semua pihak bertenang dan tunggu sehingga laporan siasatan mengenai kejadian itu selesai.

"Saya telah mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi melakukan siasatan, diharapkan semua pihak termasuk NGO Islam dan Kristian bertenang.

"Jangan anggap isu ini sesuatu untuk dipertikaikan sehingga boleh menimbulkan isu besar," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai cadangan penubuhan Polis Syariah, Ahmad Zahid berkata tujuannya bukan untuk campur tangan mengenai hal ehwal Islam tetapi lebih kepada penguatkuasaan.

"Kita hanya membantu dan memberi nasihat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam hal penguatkuasaan dan perundangan jadi kita tidak akan campur tangan dan mengganggu tugas mereka," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan