MPI Sedia Tawar Latihan Media Kepada Menteri & Pihak Kementerian

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chamil Wariya
Chamil Wariya

PETALING JAYA: Institut Akhbar Malaysia (MPI) sedia untuk berkerjasama dengan kerajaan bagi menawarkan kursus dan latihan media kepada menteri-menteri Kabinet dan timbalannya.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Chamil Wariya berkata, cadangan tersebut perlu disokong dan dilakukan kerana ia mampu membantu para peserta membuat kenyataan kepada pihak media dengan lebih berwibawa.

"Ia satu berita dan cadangan yang baik. Kalau kerajaan mahu kita tawarkan kursus atau latihan media, kita tidak ada masalah.

"Sekarang pun kita memang sudah ada kursus perhubungan media yang mendedahkan kepada peserta langkah untuk membuat kenyataan lebih berkesan dan berwibawa serta bagaimana untuk berdepan dengan kamera dalam mengendalikan sesuatu krisis," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Menurut Chamil, kursus atau latihan mengenai hubungan dengan media wajar diadakan kerana persekitaran semasa dan khalayak yang sentiasa berubah-ubah.

Katanya, tidak sekadar menteri, cadangan itu juga perlu dikenakan kepada ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua pengarah jabatan, supaya mereka juga mendapat pengetahuan untuk berhadapan dengan pihak media.

"KSU dan ketua pengarah pun perlu menyalurkan maklumat berkesan mewakili kementerian masing-masing," katanya sambil menambah akan mempertimbangkan untuk menghantar surat kepada kementerian-kementerian bagi menerangkan lebih janjut mengenai kursus yang MPI tawarkan.

Menurutnya, berdepan dengan kumpulan media tidak sekadar melibatkan fakta semata-mata tetapi perlu mempunyai saluran komunikasi yang berkesan.

Beliau menambah, kementerian tidak seharusnya menunggu arahan perdana menteri untuk menganjurkan kursus dan latihan seperti ini.

"Sepatutnya kementerian tidak perlu tunggu arahan perdana menteri, mereka perlu peka dengan kepentingan dan tuntutan semasa.

Mengulas lanjut mengenai kursus perhubungan media yang ditawarkan itu, Chamil berkata, kursus berkenaan biasanya dihadiri para pengiat perhubungan awam dan mereka yang berkhidmat dalam bidang komunikasi korporat.

Jelas beliau, sekiranya MPI diberikan peluang menawarkan kursus tersebut kepada menteri-menteri, topik dan silibus program itu akan diolah mengikut kesesuaian.

"Kita boleh sesuaikannya dengan keperluan. Tetapi, asas dan prinsipnya sama sahaja iaitu menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai dan berkesan," katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan membangkitkan perkara ini semasa mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Menurut sumber, Najib telah menekankan kepentingan memberikan penjelasan yang jelas dan betul mengenai dasar-dasar kerajaan melalui media kepada awam.

Najib juga dikatakan memberitahu anggota kabinetnya supaya memberi kenyataan yang difahami rakyat ketika menjawab isu-isu dan membuat kenyataan kepada media.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan