Malaysia Sedia Terima Ketibaan Dua Panda Gergasi Dari China

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kompleks baharu yang terletak di Zoo Negara hampir siap sepenuhnya untuk menerima  kedatangan dua ekor panda dari China iaitu Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).
Kompleks baharu yang terletak di Zoo Negara hampir siap sepenuhnya untuk menerima kedatangan dua ekor panda dari China iaitu Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

KUALA LUMPUR: Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan dua ekor panda gergasi dari China pada April ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel berkata beberapa langkah telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan sepasang panda gergasi dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna.

"Pada April timbalan menteri dan beberapa pegawai akan ke Chengdu (China) untuk melakukan pemantauan dan panda akan dibawa ke sini pada hujung bulan April.

"Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan panda akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita ketika melawat Kompleks Giant Panda di sini, Isnin.

Beliau berkata kompleks yang terletak di Zoo Negara itu hampir siap sepenuhnya dan telah bersedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

Beliau menambah, nama Fu Wa dan Feng Yi mungkin akan ditukar sebaik sampai ke sini dan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Palanivel, dengan peruntukan sebanyak RM25 juta oleh kerajaan , tiga eksibit khas dengan keluasan 1.6 hektar bagi panda tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

"Eksibit berkeluasan 1.6 hektar merangkumi tiga ruang eksibit utama dengan suhu di bawah 24 darjah celcius, menyamai habitat asalnya, kawasan senaman, kurungan malam, ruang penyediaan makanan, bilik penyimpanan makanan, makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan," katanya.

Palanivel berkata beberapa pegawai dari China telah membuat lawatan ke Zoo Negara beberapa kali sebelum bersetuju menghantar panda tersebut ke sini.

Katanya, lawatan pemeriksaan itu adalah sama seperti yang dilakukan mereka sebelum ini di Zoo Singapura.

"Tindak balas yang diberikan sangat baik. Mereka telah membuat pemeriksaan dan beberapa masalah kecil telah dapat diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan agar pihak Zoo Negara mempertingkatkan usaha dalam menjadikan lokasi itu bertaraf antarabangsa.

"Sekarang pun mereka telah mula tanam pokok dan buat pengubahsuaian serta menambah kemudahan kepada pengunjung," katanya.

Katanya, bayaran mungkin akan dikenakan kepada pengunjung yang ingin melihat panda gergasi tetapi perkara itu belum diputuskan setakat ini.

Mengenai makanan panda, penanaman buluh telah bermula pada 2012 di tapak penanaman seluas enam hektar di Taman Wetland, Putrajaya.

Pasangan panda gergasi dari China yang akan dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun merupakan simbolik kepada hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini.

Ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan bakal merangsang industri pelancongan negara.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan