Donald Lim Dilantik Timbalan Pengerusi MCA Selangor

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Donald Lim
Donald Lim

SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tong Lai mengumumkan pelantikan bekas pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai timbalan pengerusi MCA negeri itu.

Liow, yang mengetuai MCA Selangor sekarang, mengumumkan barisan baru bagi negeri itu yang termasuk Lim selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Selangor di sini hari ini, yang pertama sejak pemilihan parti pada Disember tahun lepas.

Kepada soalan pemberita, Liow berkata tidak ada masalah bagi beliau melantik Lim, yang berada di kem lain semasa pemilihan parti terakhir, memandangkan Lim yang pernah menjadi pengerusi MCA negeri itu dapat membantu memperkukuh parti di Selangor.

"Kita semua adalah anggota MCA, matlamat kami mahukan parti menjadi kuat, bersatu dan saya lega melihat MCA Selangor sebuah pasukan yang bersatu dan kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Liow. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan