Bidang Kuasa Polis Syariah Jadi Persoalan

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah unit polis baru akan ditubuhkan dan berpusat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah Islam.

Pelan ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di kalangan pakar perlembagaan dan peguam syariah mengenai keperluan penubuhannya serta bidang biasa yang ada akan diberikan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha pada Ahad mengesahkan bahawa unit itu akan ditugaskan untuk menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Disember lalu.

Hingga kini pakar perundangan masih lagi tertanya-tanya mengenai kuasa pasukan polis dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam.

Kumpulan berkenaan menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Jakim supaya memberikan butiran lanjut mengenai penubuhannya dengan segera.

Menurut mereka hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa negeri manakala pasukan polis terletak di bawah kuasa Persekutuan.

Bagaimanapun Othman berkata kajian mendalam mengenai penubuhan unit itu masih dilaksanakan dan memberi jaminan bahawa Jakim dan KDN memberi perhatian khusus mengenai bidang kuasa agama negeri.

Ditanya sama ada unit baru itu hanya terhad kepada tugas membantu pihak berkuasa agama negeri untuk menangani ajaran sesat atau bagi membantu untuk menguatkuasakan semua undang-undang syariah, Othman berkata: "Semua kesalahan jenayah Syariah."

Sebelum ini Ahmad Zahid mengumumkan bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mendapatkan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja supaya tidak timbul persoalan uni baru itu mencampuri isu-isu agama berada di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Musa Awang berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah untuk menubuhkan unit tersebut kerana terdapat banyak soalan mengenai bidang kuasanya.

"Adalah lebih baik untuk memperkukuhkan bidang kuasa penguatkuasa agama negeri yang sudah jelas mengenai undang-undang Islam di sesuatu negeri itu. Bidang kuasa dan fungsi unit baru ini masih tidak jelas,"kata Musa.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Prosedur Jenayah Syariah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz bagaimanapun berkata, polis sudah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan semua undang-undang Syariah.

"Polis mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis di negara ini, termasuk undang-undang Syariah yang digubal oleh negeri-negeri," kata beliau.

Beliau yang sebelum ini pernah mencadangkan penubuhan uni ini pada 2009 berkata, isu utama yang perlu diselesaikan ialah soal pentadbiran iaitu sama ada polis dari kontinjen Kuala Lumpur boleh menguatkuasakan undang-undang Syariah di Selangor ataupun tidak.

Peguam dan aktivis undang-undang Perlembagaan, Syahredzan Johan bagaimanapun tidak bersetuju kerana menurutnya kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah terletak pada negeri dan bukannya polis.

Beliau berkata majlis agama Islam negeri bertanggungjawab dalam perkara ini kerana jabatan agama Islam negeri mempunyai bidang kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah.

FAKTA BERKAITAN POLIS SYARIAH

Beberapa negara di seluruh dunia turut mempunyai unit khas polis bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang Syariah.

Antara negara-negara tersebut ialah:

Saudi Arabi:

> Seramai 3,500 unit khas polis dikendalikan oleh jawatankuasa hal ehwal agama dan pencegahan maksiat. Tugas mereka untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah termasuk kod etika Islam yang merangkumi pengasingan antara lelaki dan wanita.

> Sebagai tambahan, pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menahan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti homoseksual, pelacuran, penzinaan serta tindakan mengajak orang menukar agama.

> Mereka juga berhak melarang penggunaan atau penjualan minuman beralkohol serta boleh merampas produk yang diharamkan dan bertentangan dengan Islam.

> Pasukan polis Syariah ini sering disertai oleh polis biasa.

Aceh, Indonesia:

> Polis Syariah mula beroperasi pada 2005 dengan bilangan anggota seramai 13 orang.

> Sehingga kini mereka mempunyai seramai 62 anggota termasuk 14 wanita.

> Tugas pasukan yang memakai uniform berwarna hijau zaitun ini ialah untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

> Mereka juga memantau agar kod etika Islam dipatuhi serta mencegah penjualan alkohol dan judi.

Nigeria:

> Lima daripada 12 negeri di bahagian utara negara ini yang melaksanakan undang-undang Syariah mempunyai anggota polis Syariah.

> Tugas mereka termasuk memastikan agar pengguna tidak ditipu di pasar.

> Pasukan ini dilengkapi kenderaan namun tidak boleh melaksanakan tangkapan.

> Mereka boleh menegur pihak yang melanggar kesalahan serta melaporkan kepada pasukan polis persekutuan.

> Mereka berjaya menyelesaikan isu berkaitan hal kekeluargaan apabila semua pihak bersetuju untuk bekerjasama.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan