AirAsia Perkenal 3 Laluan Baru Dari Kuching & Miri Ke Semenanjung

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada Isnin mengumumkan pengenalan tiga laluan baru dari Kuching dan Miri ke beberapa destinasi di semenanjung.

Laluan tersebut ialah menghubungkan Kuching melalui penerbangan terus ke Langkawi, dari Miri terus ke Pulau Pinang dan juga dari Miri ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan, AirAsia menjelaskan, pengenalan ketiga-tiga destinasi baru itu akan memberi kemudahan kepada pengguna dari Kuching dan Miri untuk terbang terus ke Langkawi, Pulau Pinang dan Pulau Perhentian tanpa membuang masa mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, AirAsia akan memberikan tiket-tiket percuma untuk ketiga-tiga laluan berkenaan jika membuat tempahan secara dalam talian di www.airasia.com mulai Selasa, 28 Januari hingga Ahad, 9 Februari.

Para pelanggan hanya perlu membayar cukai tertentu serta bayaran RM29 untuk penerbangan sehala jika menaiki penerbangan dari 20 Mac ke atas.

Dengan pengenalan laluan baru ini juga, AirAsia kini menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan dari Kuching–Langkawi, Miri–Pulau Pinang dan Miri–Terengganu.

Tahun lalu sahaja AirAsia melancarkan 141 penerbangan tambahan untuk laluan domestik semata-mata.

Laluan Kuching–Langkawi akan menawarkan penerbangan empat kali seminggu, Miri-Pulau Pinang juga empat kali seminggu dan Miri-Terengganu tiga kali seminggu.

Ia adalah laluan domestik AirAsia yang kelapan dari Kuching manakala dari Miri pula yang ke enam.

Kesemua laluan baru ini akan bermula dari 20 Mac depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan