Usaha Satu Padu Umat Islam Mampu Dicapai Melalui Wasatiyyah

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Usaha menyatupadukan umat Islam di negara ini mampu dicapai melalui pendekatan wasatiyyah dan keseimbangan yang selari dengan tuntutan syariah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Datuk Abdul Muis Picho.

Beliau berkata sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang bertema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bukan sahaja memberi ruang untuk memperingati sejarah kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah memperkukuh ukhuwah dan perpaduan sesama umat Islam.

"Umat Islam perlu mempertahankan perpaduan yang dibina selama ini bagi menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Justeru itu, umat Islam di negeri ini perlu terus bersatu dan saling menghormati satu sama lain," katanya ketika merasmikan sambutan Maulidurrasul di Masjid An-Nur Kampung Pasir Putih di sini, Ahad.

Sempena sambutan itu, kira-kira 1,000 umat Islam berarak mengelilingi kampung berkenaan bermula 7 pagi Ahad.

Muis berkata bertunjangkan semangat sambutan Maulidur Rasul, kerajaan sentiasa mendukung dan mencontohi semangat perjuangan Nabi Muhammad SAW.

"Kerajaan tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini, selain mengutamakan kebajikan rakyat menerusi program transformasi untuk dinikmati seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan