Umno Perlu Teliti Perubahan, Elak Ditolak Masyarakat Bandar - PM

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Umno perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat bandar, kata Datuk Seri Najib tun Razak.

Perdana Menteri berkata jika Umno menolak perubahan itu, parti itu akan hanya dilihat sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar sahaja.

Najib berkata, sokongan luar bandar tetap merupakan teras kepada parti itu, namun dalam masa yang sama dengan penghijrahan dan perubahan demografi mereka yang berpindah ke kawasan bandar, Umno perlu meneliti dan memahami perubahan itu untuk terus meraih sokongan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

"Perubahan ini Umno mesti teliti, Umno mesti lakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya dengan pendekatan serta tindakan dilakukan di peringkat bahagian dan cawangan. Ia supaya dapat mengenali hati dan nurani serta sokongan masyarakat luar bandar terhadap kita dan dalam masa yang sama supaya tidak ditolak masyarakat bandar.

"(Seorang daripada mereka) yang berjaya (melakukan penyesuaian) ialah (di bawah) kepimpinan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan oleh sebab itu semasa pilihan raya umum lepas, walaupun mereka meletakkan seorang jeneral empat bintang, saya tetap meletakkan Johor Baharu sebagai kawasan putih dan terbukti Ketua Umno Bahagian Johor Baharu ini menang sekali lagi di kawasan ini.

"Oleh itu, strategi dan pendekatan kita untuk menjadikan parti ini 'laku' di kawasan bandar (ialah menjadikan ia) boleh diterima dan disambut sebagai parti orang bandar di samping mengekalkan sokongan luar bandar," katanya ketika merasmikan bangunan baharu Umno Johor Baharu di sini yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden MIC Datuk S. Balakrishnan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, walau sehebat mana sejarah parti itu, namun ia bukan jaminan penerusan kuasa dan kejayaan parti berkenaan jika ia tidak berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan semasa.

"Kita tidak boleh bersandar semata-mata kepada sejarah tetapi kita mesti menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti yang telah lahir 68 tahun lalu, kita tetap relevan, tetap sesuai, tetap jadi parti pilihan rakyat pada mana-mana tempat dan keadaan.

"Kita mesti akur dan mesti insaf, mana-mana parti yang tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa meskipun parti itu sehebat mana, budi sebesar mana, kejayaan setinggi mana sekalipun, parti itu akan tetap tergugat kedudukannya.

Alhamdulillah Umno menyedari hal ini dan kerana itu dalam pilihan raya lepas Umno muncul sebagai parti terkuat apabila berjaya menambah kerusi," katanya.

Dalam masa yang sama, Najib turut mengingatkan pemimpin Umno supaya mendahulukan rakyat dalam apa keadaan sekalipun untuk mengelakkan parti itu dilihat sebagai parti berkepentingan sendiri.

"Jangan letak kepentingan diri lebih daripada rakyat, kalau ada tapak rumah ataupun rumah kos rendah jangan pemimpin Umno rebut dahulu, bagi kepada rakyat dahulu supaya rakyat dapat melihat bahawa Umno bukan berkepentingan sendiri tetapi adalah parti untuk rakyat dan mendahulukan rakyat.

"Malah prinsip keramat ini yang mesti dihayati oleh kita sepanjang masa," katanya diiringi tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir di majlis itu.

Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Johor mampu terus kekal sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang walaupun pembangkang mengatur pelbagai strategi khas untuk mengambil alih pemerintahan di negeri ini.

"Mereka hendak rebut kuasa dan jawatan di Putrajaya sebab itu mereka kena kalahkan Umno dan BN di Johor namun saya yakin dengan kepimpinan pengerusi baharu badan perhubungan (Mohamed Khaled) dengan dibantu pemimpin veteran seperti Tan Sri Shahrir, kita mampu pertahankan kedudukan ini," katanya.

Sementara itu, Najib berkata Kementerian Kewangan membelanjakan hampir RM22 bilion setahun untuk subsidi minyak RON95 dan jika dasar subsidi bersasar dilakukan, peruntukan itu dapat disalurkan kepada lebih banyak projek lain yang bermanfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

"RM22 bilion ini besar kerana jika RM22 bilion dapat digunakan untuk membina perumahan kos rendah umpamanya cuba bayangkan ribuan rakyat berpendapatan rendah akan dapat faedah itu.

"Ini akan lebih adil kepada rakyat dariada memberi subsidi kepada mereka yang mampu membayar (harga minyak)untuk harga pasaran," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan