Tengku Adnan Minta Persatuan Penduduk Sebar Maklumat Tentang Isu Semasa

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPAK MULA... Tengku Adnan hadir pada Program Hari Remaja Putrajaya di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya pada Ahad. - fotoBERNAMA
SEPAK MULA... Tengku Adnan hadir pada Program Hari Remaja Putrajaya di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya pada Ahad. - fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pengerusi persatuan penduduk disaran supaya menyebarkan maklumat tepat kepada penduduk mengenai isu semasa yang berlaku termasuk kenaikan tarif elektrik dan harga barang.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka sebagai barisan hadapan dalam kalangan penduduk juga perlu mengambil tahu tentang langkah yang telah dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.

"Masalah yang kita tidak terangkan kepada rakyat menyebabkan kadang-kadang rakyat marah. Umpamanya tetang harga barang tinggi, kenapa harga barang tinggi, kita kena ambil tahu.

"Tarif elektrik naik, kita (pun) kata harga elektrik naik, tetapi kita tidak pernah ceritakan kepada penduduk bahawa kalau mereka guna bawah 300 kilowatt, maka tiada kenaikan tarif. Ini kita kena terangkan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan (SK1WP) di sini Ahad.

Tengku Adnan berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat untuk meringankan beban hidup mereka.

Di majlis itu seramai 20 persatuan penduduk sekitar Kuala Lumpur menerima geran SK1WP berjumlah kira-kira RM50,000 untuk memperbaiki aspek keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.

"Hari ini kita agihkan kewangan kepada mereka untuk membantu pelbagai masalah dalam kawasan setempat daripada segi keselamatan, misalnya untuk pasang CCTV, buat pagar dan pondok pengawal keselamatan," katanya pada sidang akhbar kemudiannya.

Tengku Adnan juga meminta pengerusi persatuan penduduk supaya mendidik anggota masyarakat agar tidak melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam yang disediakan.

Terdahulu beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya merasmikan Hari Remaja Putrajaya di Presint 18 yang akan dijadikan program tahunan.

Menurutnya program itu yang menyediakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah bertujuan untuk mendekatkan dengan golongan remaja yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan