RM56.9 Juta Baiki Jalan, Cerun Rosak Akibat Banjir Di Tiga Negeri

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Sebanyak RM56.9 juta diperlukan untuk membaiki jalan dan cerun yang rosak akibat banjir di Terengganu, Pahang dan Johor baru-baru ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak RM41.5 juta diperlukan Pahang, Terengganu memerlukan RM10.3 juta manakala RM5.1 juta untuk Johor.

"Kementerian telah mengenal pasti lokasi jalan raya dan cerun rosak melalui pemeriksaan teknikal dan akan memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan secepat mungkin.

"Namun, bagi kerosakan kritikal yang perlu disegerakan, kementerian akan menggunakan peruntukan dalaman sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan jambatan Bukit Kuang di sini, Ahad.

Beliau berkata kementerian masih memperincikan jumlah keseluruhan untuk membaik pulih jalan, jambatan dan cerun yang rosak itu.

Fadillah dalam lawatan kerja dua hari ke Terengganu untuk meninjau perkembangan projek pembinaan di bawah Kementerian Kerja Raya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan