PLKN: Beberapa Pihak Beri Pandangan Berbeza

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Semua pelajar lepasan sekolah menengah yang terpilih menyertai PLKN diwajibkan untuk mengikuti program tersebut.
Semua pelajar lepasan sekolah menengah yang terpilih menyertai PLKN diwajibkan untuk mengikuti program tersebut.

PETALING JAYA: Selepas sembilan tahun perlaksanaannya, beberapa pihak memberi pandangan berbeza sama ada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan atau dihentikan.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu program itu diwajibkan untuk lepasan sekolah menengah, beberapa kumpulan berkata, terlalu banyak wang dibelanjakan untuk program tersebut.

Lebih 750,000 pelajar lepasan sekolah menengah telah mengikut program PLKN yang menelan belanja sekurang-kurang RM5.5 bilion.

Mewajibkan ia kepada semua pelajar yang terpilih akan menunjukkan peningkatan ketara dari segi kos perbelanjaan.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, RM500 juta hingga RM600 juta peruntukan tahunan untuk program tersebut adalah lebih baik digunakan untuk menubuhkan pusat-pusat latihan kemahiran belia.

Beliau berkata objektif menubuhkan PLKN adalah tindakan mulia tetapi ia tidak efektif setakat ini.

Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Hasri Mohd Hadzirb pula memberi pandangan berbeza, dengan berkata PLKN tidak ternilai harganya kerana ia mempupuk semangat patriotik.

"Kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana jika mahu melahirkan generasi muda patriotik. Hari ini, kira-kira 100,000 daripada 400,000 pelajar lepasan sekolah menengah di seluruh negara dipilih untuk menyertai program tersebut. Ini bermaksud, kira-kira 300,000 lagi ketinggalan," katanya.

Setiausaha Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gan Yu Lin berkata, terdapat beberapa keperluan untuk mengkaji semula program tersebut kerana 'terlalu banyak insiden tidak diingini dan pembaziran berlaku'.

Beliau menggesa kerajaan untuk menyediakan laporan lengkap mengenai pecahan perbelanjaan PLKN dan iventori kemudahan di setiap kem.

"Kita terdengar mengenai kem tidak diselenggara dengan baik walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan. Sebuah Jawtaankuasa Khas Parlimen perlu ditubuhkan untuk meneliti keberkesanan dan perbelanjaan program itu.

"Kerajaan perlu bersikap telus mengenai berapa wang yang telah diperuntukkan untuk program tersebut," katanya.

Ahli akademik, Datuk N. Siva Subramaniam berkata, PLKN berjaya menyatukan pelbagai kaum.

"Pada 1950 dan 1960, para pelajar mempunyai hubungan baik antara satu sama lain tetapi segalanya berubah pada 70-an. Pelajar-pelajar sekolah vernakular kurang berpeluang untuk bergaul dengan bangsa-bangsa lain," katanya.

Menurut bekas setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) itu, keberkesanan PLKN patut diadili dengan hasilnya kepada golongan belia dan bukannya berapa kos yang telah dibelanjakan.

Youth 4 Change, bagaimanapun, mahu program tersebut dihentikan.

Koordinatornya, Lian Chiew Yi berkata, dana yang diperuntukkan bagi progam tersebut sepatutnya digunakan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan