Permohonan Cerai Nurul Izzah: Bolehkah Seseorang Tokoh Memilih Publisiti?

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Izzah bersama suaminya.
Nurul Izzah bersama suaminya.

PETALING JAYA: "Berita tetap berita. Dan jika itu bererti melaporkan mengenai permohonan cerai salah seorang tokoh yang 'manis' di kalangan masyarakat, laporkan sahaja."

Itulah logik yang dinyatakan dalam 'posting' Facebook Editor The Establishment Post, Vanitha Nadaraj, sebuah portal di Singapura apabila memperincikan mengapa beliau tidak dapat menerima hujah-hujah terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk tidak diganggu dan tidak mahu privasi beliau diceroboh.

Artikel asal Vanitha dalam penerbitan dalam talian yang bertajuk 'Berita Nurul Izzah Dan Dakwaan Perceraian Timbul Kekecohan', menekankan bagaimana orang ramai terkejut dengan berita melibatkan naib presiden PKR yang 'muda, cantik, pintar, berkarisma dan mempunyai ciri perdana menteri" yang memfailkan perceraian daripada suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Apabila berkongsi pendapat dan pemikirannya sendiri pada rangkaian media sosial, Vanitha berkata sentimen awam mungkin berbeza "jika Nurul mempunyai muka seperti 'bahagian belakang bas, bersikap 'bossy', ahli politik bermulut jahat yang sentiasa keluar dengan kenyataan bodoh."

Beliau juga mempersoalkan jumlah privasi yang perlu dan layak diberikan kepada ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Tetapi isu ini melampaui perdebatan privasi. Ia adalah mengenai seorang ahli politik muda yang perlu belajar untuk menangani masalah peribadi pada ketika beliau menjadi perhatian. Itulah yang perdana menteri dan presiden lakukan.

"Dan ini adalah bagaimana isu ini perlu dilihat - ia satu peluang untuk Nurul mempersiapkan dirinya dalam situasi di mana beliau perlu bersikap tegas dan terus berdepan dengan publisiti negatif yang boleh menjejaskan populariti beliau. Itulah yang akan menjadikan seseorang itu negarawan yang baik," jelas Vanitha.

Beliau menambah, semua orang mahukan seorang pemimpin yang boleh bertahan daripada sebarang masalah dan membawa negara supaya terus mekar dan berkembang, bukan orang yang perlu bersifat manja dan dalam masa yang sama adalah tidak adil mahukan orang ramai tidak memperkatakan tentangnya. "Kita juga selama ini yang menyokong kebebasan bersuara."

Walaupun begitu, Vanitha mengetahui bahawa ibu kepada dua itu mempunyai banyak penyokong dan ramai yang inginkan yang terbaik untuk beliau, dan mengingatkan bahawa "berselindung tidak akan membuahkan sebarang hasil - sama ada untuk seorang individu atau negara."

"Manusia perlu untuk menghadapi cabaran dan belajar untuk mengatasinya. Itulah bagaimana caranya untuk kita semua berkembang," katanya.

Nurul Izzah, 33, telah memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah di Jalan Duta.

Beliau menuntut cerai daripada suaminya berusia 35 tahun, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dalam permohonan yang difailkan pada bulan Disember.

Mahkamah Syariah di sini mengesahkan bahawa Nurul Izzah , yang merupakan anak perempuan sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan perceraian di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Kes itu, bilangan 14001-055-0023-2014, pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada Selasa dan tarikh perbicaraan akan datang ditetapkan pada 18 Februari .

Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa keluarga pasangan itu telah memujuk mereka untuk berdamai.

Permohonan itu dijangka akan ditarik balik tidak lama lagi, menurut sumber yang rapat dengan keluarga.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan