Pemuda PAS Gesa Abdul Khalid, Azmin Berhenti Berbalah

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suhaizan Kaiat.
Suhaizan Kaiat.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan perbalahan di antara mereka.

Menurut beliau, perbalahan tersebut memberikan imej negatif terhadap politik Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikitpun membantu kesusahan rakyat yang dihimpit kesempitan kos sara hidup," katanya menerusi satu kenyataan media pada Ahad.

Suhaizan berkata, kerajaan Selangor sewajarnya memberikan keutamaan dan fokus kepada isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Ia akan menjadi cerminan perbezaan antara pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional (BN); bukannya mempertajamkan lagi konflik dalaman yang hanya akan meruntuhkan tanggap baik rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Ini langsung tidak memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat bahkan tidak akan memberi sedikitpun manfaat kepada rakyat Selangor," katanya,

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seharusnya peka terhadap perkara ini dan kembali menggerakkan agenda kerajaan negeri berlandaskan 'rakyat centred'.

Jelasnya, sebarang isu dalaman perlu diselesaikan segera mengikut saluran parti dan tidak wajar sama sekali dibiarkan melarat sehingga menghakis persepsi baik terhadap Pakatan Rakyat yang telah dibina selama ini.

"Di peringkat nasional pula, 53% undi popular yang berjaya diraih Pakatan dalam PRU-13 yang lalu seharusnya memberikan keinsafan kepada kita bahawa lebih separuh dari keseluruhan rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi kepada Pakatan untuk membawa reformasi dalam pentadbiran negara.

"Teguran ini bukan soal pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat untuk mengutarakan nasihat dan teguran kearah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat," katanya.

Perbalahan di antara Abdul Khalid dan Azmin kembali tegang selepas Ahli Parlimen Gombak itu digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan