Murid Dipaksa Makan Rumput Terima Kaunseling - Rohani - Berita Semasa | mStar

Murid Dipaksa Makan Rumput Terima Kaunseling - Rohani

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BETONG (Sarawak): Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi kaunseling, jika perlu, kepada dua murid dalam kes dihukum makan rumput, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Pegawai JKM telahpun berjumpa kanak-kanak terbabit dan keluarga mereka pukul 11 pagi tadi untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku.

"Esok pula mereka akan berjumpa dengan pihak sekolah bagi tujuan sama," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada 786 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa dan 250 murid Sekolah Kebangsaan Kalok pada Ahad.

Rohani, yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, berkata masyarakat perlu memahami amat penting menjaga kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sekali gus menjejaskan pelajaran mereka.

"Mungkin kerana kejadian ini juga boleh menyebabkan mereka tidak mahu datang ke sekolah kerana malu diejek kawan-kawan," katanya.

Dalam insiden itu, seorang guru menggantung loceng di leher dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng di Sungkai, Perak serta memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan