Munir Majid Dilantik Pengerusi Institut Penyelidikan CIMB Asean

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Munir Majid telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan CIMB Asean (CARI) bermula1 Feb, 2014, mengambil alih daripada Glenn Muhammad Surya Yusuf, yang akan kekal dalam lembaga pengarah CARI.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, CIMB Group berkata pelantikan itu adalah untuk dua tahun.

"Dua tahun akan datang adalah mencabar dengan Asean berusaha untuk menjadi satu komuniti berasaskan tiga teras ekonomi, politik dan sosio budaya.

"Bagaimanapun, sungguhpun komuniti perniagaan lebih tertarik kepada Komuniti Ekonomi Asean (AEC), dalam kalangan mereka juga terdapat kesedaran yang tidak mencukupi terhadap cabaran itu dan peluang yang ada," kata Munir.

Munir adalah Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Bhd, dan telah berada dalam lembaga pengarahnya semenjak 2008.

Beliau mendapat BSc (Ekonomi) daripada London School of Economics and Political Science pada 1971, dan PhD dalam Hubungan Antarabangsa pada 1978.

Munir telah dalam pelbagai kapasiti, termasuk sebagai Editor Kumpulan New Straits Times, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, dan Pengerusi Celcom dan Pengerusi MAS.

Ditubuhkan pada 2011 oleh CIMB Group, CARI adalah satu unit penyelidikan bukan berasaskan keuntungan yang menyokong integrasi ekonomi Asean, dan AEC secara khususnya.

CARI juga adalah sekretariat Kelab Perniagaan Asean, satu jaringan ketua pegawai eksekutif pelbagai syarikat multinasional Asean. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan