Kerajaan Terus Berusaha Sediakan Pendidikan, Maklumat Tepat Kepada Belia - Najib

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib Tun Razak.
Najib Tun Razak.

NUSAJAYA: Kerajaan akan terus berusaha menyediakan pendidikan terbaik dan maklumat tepat kepada golongan belia di negara ini bagi membantu mereka membuat keputusan berhubung pelbagai perkara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, era di mana kerajaan sentiasa bijaksana dan mengetahui tentang segala-galanya telah berakhir.

"Pendekatan kerajaan perlu diubah, kerajaan perlu menyediakan maklumat tepat dan pendidikan terbaik kepada Generasi-Y (generasi belia) supaya mereka boleh membuat keputusan dengan berpengetahuan.

"Inilah pendekatan yang betul. Mereka (Generasi-Y) perlu diberikan maklumat dan pengetahuan supaya mereka boleh membuat keputusan yang betul," katanya ketika merasmikan perhimpunan Gen-Y Fest 14, di Kompleks Sukan Educity, Nusajaya, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri berkata, pendekatan daripada atas ke bawah iaitu daripada kerajaan kepada rakyat tidak lagi sesuai digunakan kerana golongan belia mempunyai pemikiran yang berlainan.

"Generasi Y kini tidak suka diberitahu tentang apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat. Kita kena berubah," katanya kepada ribuan belia yang menghadiri perhimpunan itu.

Berbekalkan pengetahuan daripada pendidikan yang diterima serta maklumat tepat, beliau mahu golongan belia membuat keputusan tepat berdasarkan kepada agama, undang-undang dan budaya ketimuran.

"Kerajaan mahukan Gen-Y negara ini mempunyai 'akal antarabangsa', tetapi pada masa yang sama berpaksikan kepada negara," kata Najib dan menambah, pemikiran golongan belia menggambarkan masa depan yang bakal ditempuhi negara.

Menurut Perdana Menteri, menerusi usaha bersungguh-sungguh kerajaan, golongan belia negara ini mempunyai masa depan yang cerah berbanding belia di beberapa negara lain.

Najib memberi contoh kadar pengangguran di kalangan belia Afrika Utara yang tinggi di antara 30 hingga 40 peratus, sebagai di antara penyebab utama berlakunya demonstrasi ganas dikenali sebagai "Arab Spring."

Di Malaysia, kerajaan menyediakan ribuan pekerjaan setiap tahun kepada golongan belia, katanya.

"Kerajaan telah menyediakan masa depan yang cerah untuk Generasi Y di negara ini. Generasi Y di Malaysia merupakan golongan yang positif dan optimis tentang masa depan mereka," katanya.

Iskandar Malaysia yang dilancarkan kerajaan pada akhir 2006, kata Perdana Menteri, merupakan bukti kepada kejayaan kerajaan menyediakan masa depan yang cerah kepada belia menerusi peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan.

Semenjak 2006, Wilayah Pembangunan Iskandar yang meliputi keluasan 2,217 km persegi atau dua kali ganda keluasan Singapura, berjaya menarik RM130 bilion pelaburan dari dalam dan luar negara.

Selepas itu, Perdana Menteri turut merasmikan Educity Iskandar Malaysia, sebuah hab pendidikan seluas 238 hektar yang menghimpunkan pelbagai institusi pengajian tinggi antarabangsa.

Najib turut meluangkan masa meninjau Kompleks Sukan Educity, yang menempatkan sebuah stadium pelbagai guna, kolam renang bersaiz Olimpik dan stadium tertutup. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan