Kalimah Allah: Kerajaan Negeri Tak Akan Campur Tangan Siasatan Jais - Khalid

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid Ibrahim.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak berkuasa agama negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Berhubung disu kalimah Allah, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menjalankan siasatan mengenainya. Kerajaan negeri tidak akan campur tangan, bagi mengelakkan siasatan terganggu," katanya di twitter akaun milkinya @Khalid_Ibrahim pada Sabtu.

Siasatan itu masih sedang dijalankan oleh Mais dan Jais selepas sejumlah 300 naskah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban dirampas dari premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari lalu.

Rampasan itu dijalankan di bawah bidang kuasa undang-undang negeri yang melarang penggunaan 25 perkataan dan frasa bahasa Arab oleh orang bukan Islam dalam amalan agama mereka.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyelesaian 10 perkara mengenai isu kalimah Allah, yang antara lain membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam versi Melayu dalam kitab mereka kerana ia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri, yang dinyatakan dengan jelas oleh perkara kesembilan dalam penyelesaian itu.

"Ini bermakna jika negeri itu mempunyai enakmen (atas penggunaan kalimah Allah), ia adalah tertakluk kepada enakmen di peringkat negeri itu. Negeri yang tak ada enakmen seperti Sabah dan Sarawak, amalan seperti biasa boleh diteruskan dan tiada mana-mana pihak boleh menakutkan-nakutkan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan