Harga 13 Barangan Skim Kawalan Pada Paras Stabil - Hasan Malek

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hassan Malek (dua kiri) melawat gerai ayam ketika mengadakan lawatan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014 di Pasar Awam Sentral Melaka pada Ahad.-fotoBERNAMA
Hassan Malek (dua kiri) melawat gerai ayam ketika mengadakan lawatan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014 di Pasar Awam Sentral Melaka pada Ahad.-fotoBERNAMA

MELAKA: Harga 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini adalah pada paras stabil dan kekal sama dengan tahun lepas, kata Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata ayam hidup standard dijual pada harga RM7.50 sekilogram dan ikan bawal putih (seberat 200 gram hingga 400 gram seekor) dijual RM37 sekilogram, yang harga masing-masing menyusut 20 sen dan RM1 berbanding RM7.70 dan RM38 pada tahun lepas.

"Kebanyakan harga sama seperti tahun lepas untuk 13 barangan harga terkawal bagi Tahun Baharu Cina hujung bulan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memeriksa harga di Pasar Awam Sentral Melaka di Jalan Sentral di sini, Ahad.

Barangan lain yang dikawal harganya ialah ayam super, telur aym (gred A,B dan C), kubis bulat import, bawang putih,udang besar putih, babi hidup (dikawal peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Beliau berkata harga 13 barangan itu ditetapkan KPDNKK berdasarkan penguatkuasaan, laporan dan pandangan pelbagai pihak.

Hasan berkata pemantauan harga 13 barangan terkawal itu adalah bagi tempoh 15 hari bermula Ahad berbanding 12 hari tahun lepas dan pengguna boleh membuat aduan di talian 1 800 886 800.

Beliau juga mengumumkan pembekuan cuti bagi kesemua 1,800 pegawai penguatkuasa kementerian sempena musim perayaan ini bagi memastikan usaha kerajaan mengawal harga barangan mencapai kejayaan.

Mengenai Ops Harga 2014 di dilancarkan di seluruh negara Isnin lepas, beliau berkata sebanyak 47,154 pemeriksaan dijalankan ke atas premis-premis perniagaan sejak enam hari lepas.

Dalam tempoh itu sebanyak 462 tindakan diambil terhadap peniaga yang ingkar selain merampas barangan bernilai RM107,555.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 299 kesalahan tidak meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, lapan kes memberi petunjuk atau gambaran yang mengelirukan mengenai harga dan 155 kes gagal menentusah alat timbang dan sukat untuk perniagaan," katanya.

Selain itu, sebanyak 87 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas peniaga yang disyaki mencatut atau menjual barangan dengan harga terlalu tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan