Anggota Polis Perlu Diberi Latihan Pertolongan Cemas

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berharap pihak hospital, persatuan sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberikan program latihan pertolongan kecemasan kepada anggota polis supaya dapat membantu mangsa ketika kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kemalangan sering berlaku pada waktu puncak dan kebiasaannya anggota polis orang yang pertama sampai ke tempat kejadian dan bukan semua berpengalaman memberikan pertolongan kecemasan.

Katanya, sebelum ini program sedemikian pernah diadakan tetapi tidak aktif.

"Saya berharap pihak hospital, persatuan sukarelawan dan NGO dapat mengaktifkan balik program latihan kecemasan ini supaya dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Ambulans 24-jam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Pulau Pinang (PBSMPP) sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2014 di sini, Ahad.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi mengurangkan kemalangan maut.

Sementara itu, Pengerusi PBSMPP Datuk Yeang Beng Jong berkata 150 paramedik dan anggota PBSM akan bertugas sepanjang musim perayaan bermula Selasa depan sehingga 2 Februari.

Katanya, 11 ambulans akan ditempatkan di tiga lokasi utama iaitu Permatang Tinggi di Seberang Perai Tengah, Jalan Raja Uda di Butterworth dan Batu Maung di Pulau Pinang.

"Kami berharap operasi perkhidmatan ambulans 24 jam ini dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa sekiranya berlaku kemalangan," katanya.

Tambahnya, kakitangan paramedik dan ahli-ahli PBSMPP yang terlatih, akan memberikan respons yang cepat dan tepat sekiranya berlaku kemalangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan