Penubuhan Polis Syarie Dimuktamadkan Dalam Masa Singkat - Jakim

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Unit Polis Syarie akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustafa.

Beliau berkata perbincangan antara Jakim, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menubuhkan unit itu secara berperingkat.

"Peringkat pertama penubuhan unit itu akan diketahui selewat-lewatnya minggu depan," katanya dalam sidang berita selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435/2014 di sini, Sabtu.

Enam orang menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul bagi Wilayah Persekutuan di atas jasa dan sumbangan mereka menyebarkan Islam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian dan Jakim akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.

Unit itu akan dianggotai oleh anggota polis dan pegawai yang mempunyai kelulusan ijazah dan ijazah sarjana dalam bidang agama Islam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan