Manfaat Sebaik Mungkin Talian Nur - Rohani

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rohani Abdul Karim.
Rohani Abdul Karim.

SRI AMAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mahu orang ramai memanfaatkan Talian Nur sebaik mungkin kerana ia dapat mengurangkan banyak kejadian buruk termasuk kes penderaan.

Katanya, hasil aduan melalui Talian Nur 15999 dapat menyelamatkan nyawa seorang isteri yang didera suami dan melalui talian yang sama juga dapat menyelamatkan nyawa seorang bayi yang menjadi mangsa dera anggota keluarga sendiri.

Itu antara kisah kejayaan Talian Nur 15999, namun menurut Rohani beliau kesal masih ramai tidak menyedari fungsi, kelebihan serta kebaikan talian berkenaan.

"Setiap panggilan akan dijawab oleh petugas yang terlatih, dan mampu memberi kaunseling kepada pemanggil.

"Selain itu jika ada keperluan untuk ke tempat kejadian, Talian Nur mempunyai pasukan tersendiri antaranya terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Kesihatan untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Komuniti Perwani 1Malaysia peringkat Negeri Sarawak, di Dewan Suarah Sri Aman, Sabtu.

Turut hadir Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri, Datuk Fatimah Abdullah.

Ketika diminta mengulas mengenai kes-kes melibatkan teman lelaki ibu tunggal yang mendera, serta ada pula yang membunuh anak teman wanita mereka itu, Rohani berkata, Talian Nur boleh memainkan peranan penting mengurangkan kejadian berkenaan daripada terus berlaku.

"Zaman sudah berubah, perlu ada sikap 'jaga tepi kain orang', jiran-jiran boleh maklumkan jika ternampak kelakuan tidak betul menggunakan Talian Nur," katanya.

Sementara itu, Rohani berkata, lebih 3,000 kumpulan Perwani ditubuhkan setakat akhir tahun lepas yang dianggotai lebih 41,000 orang dengan sasaran untuk mendaftarkan 30,000 Perwani di seluruh negara dengan 2,000 daripadanya di Sarawak tahun ini.

Rohani berkata, Perwani merupakan inisiatif kerajaan bagi membentuk satu perkumpulan jaringan wanita sebagai ejen transformasi di peringkat komuniti dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada.

Pada minggu depan, kementerian akan melancarkan Perwani Siswi di sebuah kolej universiti swasta di Kuala Lumpur.

Komuniti Perwani 1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri pada 17 Mac tahun lepas.

Komuniti Perwani 1Malaysia merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mempromosikan kesejahteraan masyarakat dengan mengerakkan pelbagai aktiviti yang bakal memberi faedah kepada anggota masyarakat setempat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan