Kerajaan Pulau Pinang Cuba Politikkan Isu Roboh Gerai Di Teluk Bahang

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat cuba mempolitikkan isu merobohkan gerai peniaga di Teluk Bahang dekat sini Isnin lepas.

Beliau berkata kerajaan negeri juga dilihat seolah-olah cuba menyalahkan pasukan keselamatan berhubung insiden seorang pegawai kerajaan negeri cedera dalam kekecohan sewaktu tindakan merobohkan gerai itu dilakukan.

"Kerajaan negeri cuba mengalih isu sebenar iaitu mengenai nasib dan masa depan peniaga di kawasan tersebut yang dihalau tanpa sebarang jaminan dan mereka (kerajaan negeri) juga tidak memberi maklumat jelas mengenai arahan pengosongan gerai yang kononnya hanya melibatkan 14 gerai yang tidak lagi diusahakan.

"Tetapi apa yang menimbulkan kehairanan, kenapa kesemua iaitu kira-kira 40 orang peniaga menerima arahan pengosongan jika yang mahu dirobohkan hanya sebanyak 14 gerai.

"Malah peniaga juga tidak pasti mengenai gerai yang dikatakan tidak lagi diusahakan kerana majoriti gerai menjalankan urus niaga seperti biasa sehingga kini," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Isnin lepas sekumpulan peniaga beserta penduduk dan wakil pertubuhan bukan kerajaan bertindak menghalang tindakan pihak penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang daripada meroboh gerai mereka.

Shah Headan turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang dilihat begitu ghairah mengganggu kawasan peniaga yang majoritinya orang Melayu.

Katanya tindakan kerajaan negeri merobohkan gerai peniaga tanpa menyediakan kawasan lain untuk menjalankan seolah-olah mahu 'membunuh' golongan berkenaan.

"Seingat saya sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, tiada satu pun kawasan perniagaan baharu dibuka bagi membolehkan penduduk berniaga sedangkan dalam masa sama mereka begitu aktif merobohkan gerai peniaga," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga Kecil Teluk Bahang, Mohd Redza Zainal Abidin berkata peniaga menerima notis kira-kira sebulan lalu dan hanya diberi tempoh seminggu bagi merobohkan serta mengosongkan gerai mereka.

Mohd Redza berkata yang dikesalkan ialah kerajaan negeri tidak pernah memanggil peniaga untuk berbincang atau mendengar masalah mereka terlebih dahulu.

"Kerajaan negeri juga tidak memberi sebarang tawaran atau pilihan kepada peniaga sedangkan kebanyakan mereka sudah mengusahakan perniagaan lebih lima tahun.

"Sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab seperti yang mereka laung-laungkan, mereka sepatutnya memikirkan mengenai mata pencarian kami di sini yang hanya bergantung kepada perniagaan kecil-kecilan kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan