Kadar Tol Tidak Pengaruhi Harga Barang - SPAD

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kuasa pasaran tetap akan menentukan harga barangan dan bahan mentah walaupun dengan kenaikan kadar tol, menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ketua Kumpulan Operasi SPAD A.Halim Husain berkata suruhanjaya itu tidak mengawal selia harga yang mempengaruhi peningkatan kos pengangkutan.

"Kami tidak membuat kawalan ke atasnya. Ia merupakan satu pasaran terbuka," katanya.

Halim berkata industri logistik tidak semata-mata bergantung kepada kenderaan dan dipengaruhi faktor-faktor lain seperti perkapalan, Kastam dan sebagainya.

Beliau berkata pelanggan bagaimanapun mempunyai kata putus untuk memilih dan berharap pengendali tidak akan memindahkan masalah mereka kepada Kerajaan.

Satu tinjauan yang dijalankan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menunjukkan bahawa 15 peratus daripada responden menjangka kos pengangkutan akan naik 25 peratus hingga 30 peratus berikutan cadangan menaikkan kadar tol oleh syarikat konsesi tol di Lembah Klang.

Kira-kira 68 peratus daripada ahli-ahli FMM adalah mereka yang berkerja dalam perusahaan kecil dan sederhana di Lembah Klang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan tidak pernah memberikan kebenaran kepada konsensi untuk meningkatkan kadar tol lebuhraya.

"Saya percaya tidak ada masalah di sini. Ini semua khabar angin pada masa ini. Kerajaan belum membuat keputusan untuk menaikkan kadar tol," katanya kepada The Star.

Presiden Persatuan Syarikat Pengangkutan Malaysia (AMH), Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata berkata kos pengangkutan harus tidak memberi kesan langsung kepada pelanggan.

Bagaimanapun tambah beliau, ia tidak dapat dielakkan dan pengguna akan melihat lebih banyak kenaikan harga kerana kenaikan kadar tol yang dicadangkan.

"Kenaikan kadar tol akan menyebabkan peningkatan harga barangan dan bahan mentah dan seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar.

"Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan